LABUAN: Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
Pengerusinya Daniel Doughty berkata pelantikan Anifah adalah langkah positif ke arah menggalakkan pembangunan ekonomi Labuan yang dapat menambah baik kebajikan rakyat.
"Sebagai seorang tokoh terkenal dalam politik Malaysia dan bekas Menteri Luar, beliau membawa pengalaman luas dan pengetahuan kepada peranan baharunya ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Doughty berkata Anifah mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam hal ehwal luar negara, rangkaian dan pengetahuan yang luas di peringkat persekutuan amat berharga dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi Labuan dan menarik lebih banyak pelaburan asing.
Beliau berkata pulau itu Labuan mempunyai rancangan pembangunan ekonomi sambil beralih daripada pemikiran ekonomi silo.
"Labuan boleh menjadi hab logistik yang menyokong bandar di tanah besar (Sabah dan Sarawak) dan memainkan peranan penting sebagai pemboleh ekonomi," katanya.
Dengan strategi sedemikian, Anifah boleh membantu mengukuhkan ekonomi dan menyelaraskan dasar yang memberi kesan kepada ekonomi Labuan.
"Dengan pemulihan aktiviti pemindahan di pelabuhan dan kelulusan enam kawasan aktiviti pemindahan untuk operasi kapal di Victoria Bay Labuan, ia bersedia untuk menjadi hab pemindahan kapal bagi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA)," katanya.
Doughty berkata perkembangan itu penting untuk Labuan dan Sabah boleh memanfaatkannya.
"LCC mahu Anifah memperjuangkan keperluan Labuan, antaranya memulihkan hab Halal yang telah lama tidak aktif dan menukar kawasan itu menjadi zon komersial bebas.
"Ini akan membawa masuk pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam aktiviti pelabelan semula dan pembungkusan semula," katanya.
Beliau berkata terdapat juga peluang untuk menempatkan semula terminal feri 'roll on-roll off' untuk mewujudkan lokasi kastam, imigresen, kuarantin dan keselamatan (CIQS) baharu antara Tanjung Aru Labuan dan Mempakul di Sabah.
Terdapat potensi untuk Labuan untuk berfungsi sebagai zon ekonomi serantau khas di bawah bidang kuasa negeri dan kerajaan persekutuan dan meluaskan zon tersebut ke daerah tanah besar yang berdekatan, katanya.
Kenyataan itu berkata LCC berharap dapat bekerjasama rapat dengan Anifah untuk merealisasikan potensi penuh Labuan.
"Dengan kepimpinan dan komitmen beliau, LCC yakin ekonomi Labuan akan terus berkembang maju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023
Pelantikan Anifah adalah langkah positif ke arah menggalakkan pembangunan ekonomi Labuan yang dapat menambah baik kebajikan rakyat. - Foto BERNAMA
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.
PRU15: Pertembungan dengan Daud Yusof ibarat 'rematch' - Mohamad Alamin
Mohamad menang PRK Kimanis pada Januari 2020 dengan majoriti lebih 2,000 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang.